Gunakan WidgetBox.com untuk Membuat Blidget (Blog Widget) Secara Percuma

Sudahkah anda melihat Blidget Catatan Blog Diet saya seperti di bawah? Untuk melihatnya secara live, anda boleh pergi ke http://fadzilahmamat.com dan browse ke bahagian kanan bawah.

blidgetblogdiet
Jika anda ingin membuat Blidget sebegini untuk blog anda, layari http://www.widgetbox.com/make/blidget/

Posted in Cool Application | Tagged | Leave a comment

Ingin Link Post Atau Page Wordpress Ke Website?

Jika anda sedang tercari-cari bagaimana untuk link post atau page wordpress ke website tertentu, anda boleh menggunakan plugin Page Links To.

Untuk mendapat maklumat lanjut dan mendownload plugin ini, sila klik link di bawah:
http://txfx.net/code/wordpress/page-links-to/

Posted in Wordpress Plugins | Tagged | Leave a comment

Memasukkan Video YouTube ke Dalam Blog Wordpress

Hari ini saya telah memasukkan video ceramah Ustaz Azhar di blog peribadi saya iaitu FadzilahMamat.com.

Untuk memudahkan kerja saya, saya telah menggunakan plugin Smart YouTube.

Bagaimana saya melakukannya?

a. Download plugin Smart YouTube di sini.
b. Upload ke html/wp-content/plugins melalui FTP atau cPanel
c. Ekstrak zip file
d. Activatekan plugin
e. Copy html link video yang nak dimasukkan
f. Pastekan link video ke dalam post anda dan tambahkan huruf v atau vh selepas http
g. Selesai!

Selamat mencuba..

Posted in Wordpress Plugins | Tagged , | Leave a comment

Macamana Nak Ubah Meta Pada Wordpress

Pernah terfikir nak ubah meta pada wordpress? Ye la, meta yang asal tu kan banyak link yang tak related dengan blog kita. Contohnya link ke wordpress.org dan sebagainya.

So, hari ini saya telah membuat sedikit research di internet dan bertemu jawapannya. Nak tahu camner?

Melalui FTP atau cPanel, pergi ke folder wp-include. Pastu cari widgets.php. Pergi ke bahagian meta dan ubah bahagian yang anda tak mahu. Kalau taknak peningkan kepala, just replace link wordpress.org dengan link yang anda mahu.

Senang je kan? Selamat mencuba!

Posted in Wordpress | Leave a comment

Tips Untuk Upload Theme Wordpress ke cPanel Dengan Pantas!

Hari ni saya nak share satu tips untuk upload theme-theme wordpress ke cPanel.

Sebenarnya saya ni suka sangat mencari theme wordpress dan mencubanya di laman web saya. Walaupun saya selalu juga menggunakan FileZilla, tapi saya lebih prefer terus menggunakan cPanel.

Sebelum ni saya akan upload zip file satu-satu pastu extract di cPanel. Tapi aktiviti ini memang mengambil masa. So, saya telah mengubah sikit teknik saya seperti berikut:

1. Download zip file theme-theme yang saya suka

2. Create satu folder (Folder A) dan copy semua zip file tadi. Pastu ekstrak kesemua zip file ini sekaligus.

3. Create satu lagi folder baru (Folder B). Kemudian copy kesemua folder theme yang telah diekstrak.

4. Kompresskan Folder B kepada zip file.

5. Pergi ke cPanel (wp-content/themes) dan upload Folder B.zip

6. Selepas upload selesai, ekstrakkan Folder B.

7. Move atau copy semua theme di dalam Folder B ke wp-content/themes

Selesai!!

Mungkin tips ni nampak simple tapi ia telah membantu menjimatkan masa saya. Selamat mencuba!

Posted in Wordpress Themes, cPanel | Tagged , | Leave a comment

Seronoknya Dapat Duit Dari Internet!

Hari ni saya nak berkongsi kegembiraan saya kerana saya akhirnya berjaya mendapat pendapatan pasif dari Internet melalui Google Adsense.

Sebenarnya saya ni dah lama nak merasa duit google ni tapi tak dapat2. Walaupun saya dah agak lama aktifkan google adsense untuk website fadzilahmamat.com ni, tapi sampai sekarang dia masih tak iklankan apa2. Cuma ada iklan layanan masyarakat je. Frust betul rasanya. Mungkin sebab website saya ni kandungannya dalam Bahasa Melayu jadi Google tak dapat masukkan iklan-iklan yang bersesuaian.

Namun begitu, entah macamana website unittrust101.com saya berjaya memaparkan beberapa iklan google. Dan hari ini, apabila saya lihat report untuk google adsense saya, saya telah berjaya mendapat pendapatan sebanyak $2.66. Macam tak percaya je..

Hehehehe…. ni yang buat saya rasa seronok sangat dan rasa macam tak sia2 usaha saya bersengkang mata siapkan website saya tu. Sekarang ni rasa makin rajin pulak nak tambahkan content dan update website.

Kepada rakan-rakan yang masih belum merasa duit dari internet, teruskan berusaha! Dulu pun saya dah hampir putus asa, tapi Alhamdulillah merasa jugak akhirnya…

Posted in Adsense | 2 Comments

NetKL.com – Syarikat Webhosting Terbaik Pilihan Saya!

Ramai yang telah bertanya kepada saya apakah syarikat webhosting yang paling baik. Sebenarnya persoalan ini juga merupakan satu persoalan yang bermain di fikiran saya semasa saya mula menceburkan diri di dalam bidang perniagaan Internet.

Atas nasihat seorang rakan yang sangat aktif di dalam bidang ini, saya telah mula menggunakan perkhidmatan NetKL.com bermula Mac 2007. Kini saya telah memiliki 6 domain name dan kesemuanya menggunakan khidmat syarikat ini.

Apa yang menyebabkan saya menjadi pelanggan tetap NetKL.com adalah kerana ia menawarkan pakej hosting pada harga yang sangat memuaskan (bermula dari RM60) dan setiap pakej akan mendapat domain secara percuma.

Selain itu, NetKL.com juga memberikan support yang sangat baik. Apabila saya mengalami sebarang masalah dan menghantar email kepada mereka, mereka akan membalas email saya di dalam masa yang singkat. Walaupun kadangkala soalan saya tidak terlalu berkaitan dengan perkhidmatan yang mereka tawarkan, namun mereka tidak pernah gagal membantu saya.

Jika rakan-rakan ingin melihat pakej yang disediakan oleh NetKL, sila klik di sini : www.NetKL.com

Posted in Doman & Webhosting | Leave a comment

Bagaimana Menginstall Wordpress Menggunakan Fantastico di cPanel

Kepada rakan-rakan yang ingin menginstall wordpress di website anda tetapi tidak tahu bagaimana caranya, saya telah menyediakan satu tutorial percuma sebagai rujukan. Tutorial ini menerangkan kaedah terperinci secara langkah demi langkah yang pastinya dapat difahami dan diikuti oleh sesiapa sahaja.

Tujuan saya menyediakan tutorial percuma ini adalah bagi membantu rakan-rakan kerana saya sudah merasa betapa peritnya cuba melakukan sesuatu seorang diri tanpa tunjuk ajar daripada sesiapa.

Semoga tutorial ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakan-rakan dan jika anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan mengenai Wordpress, anda boleh menghubungi saya. Saya akan cuba membantu anda setakat yang termampu.

Klik di sini untuk download tutorial percuma.

Posted in Wordpress, cPanel | Leave a comment

Ingin Membuat Online Banner?

Hari ni saya telah mencuba satu software yang boleh digunakan untuk membuat banner online. Softwarenya adalah Banner Maker Pro for Flash 2 dan ia boleh membantu kita membuat banner dengan langkah2 yang mudah dan senang untuk difahami.

Software ini juga mempunyai trial version selama 15 hari. Memandangakan saya hanya mempunyai 14 hari lagi untuk menggunakan software ini, saya akan menggunakan masa ini dengan sebaik2nya bagi membuat banner untuk produk2 saya.

Sebagai contoh, banner Ukiran Kayu Islamik di bahagian My Product adalah dibuat menggunakan software ini.

Posted in Cool Application | Leave a comment

Best WordPress Template

Jika rakan-rakan sedang mencari best wordpress template, anda bolehlah melayari http://www.wpsnap.com/

Di sini terdapat banyak koleksi wordpress template yang sangat berkualiti.

Selamat mencuba!

Posted in Wordpress Themes | Leave a comment